Tuesday, October 14, 2008




Gerak adalah faktor pencetus bagi memulakan langkah atau tindakan ke arah yang telah didirikan atau ditetapkan. Ia terbahagi kepada 3 aspek penekanan :-


  1. Gerak minda
  2. Gerak hati
  3. Gerak jasad

Tempur adalah satu daya tindakan yang berani tanpa ada sedikit keraguan hasil dari penetapan gerak yang telah dibentangkan tadi. Ia dilaksanakan secara total dari hasil penyatuan pendirian Minda, Jasmani dan Rohani yang telah dirancang dengan jitu. Perlaksanaan adalah melalui 3 cara :


  1. Tempur minda
  2. Tempur hati
  3. Tempur jasad




0 comments:

Yunan

Yunan adalah satu simbolik tentang kemuncak ilmu pertubuhan ini. Ini kerana asal-usul susur galur ilmu pertubuhan ini adalah dari negeri Yunan. Yunan ibarat rahsia gedung ilmu pertubuhan dan kunci untuk membukanya adalah Gerak Tempur. Dengan penguasaan yang baik ke atas ilmu Gerak Tempur, rahsia ilmu Yunan dapat dibongkar.

Yunan adalah sebuah negeri yang terletak di selatan negara China yang membawa maksud “ selatan awan “. Ia merujuk kepada gunung-ganang yang tinggi mengawan di sini. Penduduk utama di sini adalah berbangsa Han yang mana mempunyai kepadatan sebanyak 67% daripada keseluruhan penduduk China. Bangsa Han yang berasal dari Dinasti Han adalah bangsa paling dominan yang banyak menyumbang kepada Tamadun Awal China pada 3000 tahun sebelum masehi. Antara ilmu pengetahuan yang berkembang di sini adalah seperti ilmu falsafah, sains, matematik, seni dan membuat peralatan perang. Nabi Muhammad pernah bersabda “…carilah ilmu sampai ke negeri China.”

Islam juga pernah bertapak di sini semenjak pendakwahan Khalifah ke-3 Uthman ibn Affan yang telah mewakilkan Sa’ad ibn Abi Waqqas mengajak Maharaja China Yung-Wei untuk memeluk Islam pada 29Hijrah dalam Dinasti Tang. Walaupun Maharaja China tidak memeluk Islam, Baginda membenarkan ajaran Islam dikembangkan di situ. Bermulalah penyebaran ajaran Islam dalam negara China sehingga membawa kepada pembinaan masjid-masjid selain sebagai tempat beribadat tapi sebagai sebuah institusi ilmu. Perkembangan berterusan pada 138Hijrah di bawah Khalifah Mansur yang membawa kepada kewujudan sekolah-sekolah, madrasah dan masjid sehingga menerima penuntut dari negara Russia dan India. Antara bukti peninggalan sejarah Islam ialah Masjid pertama yang masih berdiri kukuh di Ch’ang-an, dikenali sekarang sebagai ‘masjid memorial’. Selain itu, Bukhara tempat kelahiran Imam Bukhari yang kemudiannya menjadi sebahagian Tanah Besar China telah digelar ‘Tiang Islam’. Di sini juga lahirnya Laksamana Cheng Ho dari keturunan Gabenor Monggol negeri Yunan. Laksamana atau nama asalnya Ma Sanbao pernah melawat negeri Melaka di waktu Dinasti Ming bagi menjalinkan persahabatan dan juga bagi tujuan perdagangan. Ketika itu Puteri Hang Li Po dari keturunan bangsa Han telah berkahwin dengan Sultan Mansor Shah iaitu Sultan Melaka. Di era ini juga Melaka terkenal dengan kemunculan legenda 5 Pendekar Hang bersaudara yang diketuai Hang Tuah.

Negeri Yunan yang sehingga kini mempunyai ramai penduduk Islam adalah asal-usul keturunan Melayu yang berhijrah pada 3000-300 sebelum masehi ke pulau-pulau Asia Tenggara. Golongan ini atau dikenali sebagai Melayu Tua telah memulakan kerajaan pertama iaitu Indo-China atau Melayu Champa dan telah berkembang hingga ke nusantara menjadi rumpun Melayu Moden. Melayu bermaksud mengembara dalam bahasa Jawa kuno. Dari kerajaan Melayu Champa membawa kepada kerajaan Langkasuka sehingga menjadi empayar Chermin Jeddah yang berpusat di Kelantan sebagai pusat penyebaran Islam di nusantara iaitu tempat asal Wali Songo. Kewujudan kerajaan Acheh mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan Langkasuka di mana Raja Langkasuka iaitu Raja Bharubhasa telah memberi kerajaan ini kepada adiknya Dewi Durga atau lebih dikenali dengan Cik Siti Wan Kembang sebagai pemerintah. Pertalian ini membawa kepada nama Acheh yang berasal dari perkataan Aci yang bermaksud adik perempuan.

Sejarah di atas adalah secara ringkas mengaitkan negeri Yunan dengan asal-usul keturunan Melayu. Manakala keturunan Guru Utama iaitu Encik Noor Azman Bin Ahmad juga adalah berasal dari Yunan yang mengembara ke Acheh. Moyang beliau telah berhijrah ke tanah Pahang yang menjadi tempat kelahiran Beliau.